Latar Belakang
Myceramah.com mula beroperasi secara rasmi pada 24 Muharram 1430 Hijrah bersamaan 20 Januari 2009. Setelah ia mula beroperasi, admin dengan bantuan sahabatnya telah membangunkan portal video myceramah.com. Pada awal penubuhannya, myceramah.com berfungsi sebagai sebuah portal yang memuatkan koleksi ceramah agama dari pelbagai penceramah. Ratusan VCD /DVD dibeli oleh admin dan dimuatnaikkan kedalam hosting myceramah.com .



Oleh kerana ketika itu myceramah.com masih belum dikenali, maka koleksi ceramah tersebut dapat diakses dan dimainkan secara streaming tanpa sebarang masalah. Apabila myceramah.com mencecah usia 6 bulan, hits myceramah.com semakin bertambah. Bilangan penonton video streaming myceramah.com pun semakin bertambah. Tambahan pula terdapat banyak blog yang embed kod video myceramah.com menyebabkan bandwith myceramah telah mencapai tahap maksimum.
Atas nasihat hosting provider, maka myceramah.com terpaksa di upgradekan kepada unlimited bandwith. Setelah myceramah.com mengupdatekan hostingnya, maka masalah bandwith ini telah selesai buat seketika. Tidak sampai 3 bulan kemudian, myceramah.com telah menerima amaran dari syarikat pembekal hosting kerana penggunaan shared hosting myceramah.com memonopoli penggunaan keseluruhan cpu usage. Kesannya, pihak syarikat telah menghadkan penggunaan cpu, yang mana kesannya, kesemua video myceramah.com yang disimpan didalam hosting tidak dapat dimainkan.
Atas nasihat seorang sahabat (Nayoe- admin kuliyah.net) maka, myceramah.com beralih kepada 4shared.com. Kesemua ceramah-ceramah yang dibeli dalam bentuk VCD dimuat naik kedalam server 4shared tersebut. Alhamdulillah, masalah overload cpu usage dapat diatasi.
Myceramah.com meneruskan perkhidmatannya dengan terus memuatnaikkan vcd ceramah kedalam 4shared. VCD tersebut dibeli dengan menggunakan wang sumbangan dari orang ramai. Sehinggalah pada 5 Safar 1432 Hijrah bersamaan 10 Januari 2011, myceramah telah menerima sebuah bungkusan yang mengandungi Video Camera Sony HDR SR-1 daripada En. Abdul Mulok Yahya yang telah mengikfakkan video camera tersebut atas tujuan dakwah myceramah.com. Kami amat bersyukur kepada Allah dan berterima kasih tak terhingga diatas sumbangan beliau. Mulai saat itu, myceramah.com mula merakam ceramah-ceramah dan kuliah dengan sendiri. Kami juga telah menghentikan penyiaran kuliah dari VCD-VCD yang terjual atas sebab copyright issue.
Selain En. Abdul Mulok Yahya, Kami juga tidak melupakan jasa dan sumbangan para dermawan yang lain yang memungkinkan kami membiayai kos penyelenggaran myceramah.com dan pembelian aset myceramah.com seperti High End CPU bagi tujuan editing dan rendering, juga kelengkapan kamera seperti Zoom Mic, tripod, webcam bagi tujuan live streaming, dan beberapa peralatan lain.
Pada tanggal 16 Rabiul Awaal 1432 Hijrah bersamaan 19 Februari 2011, myceramah.com terus mengorak langkah kehadapan dengan melancarkan kuliah live streaming yang pertama dari balai kuliah tasawwur Islam, semanggol perak. Bermula dari kejayaan itu, myceramah.com kini secara konsisten telah menyiarkan kuliah secara siaran langsung bermula jam 9.00 pagi hingga 12.30 pagi pada setiap ahad.
Cita-Cita Kami
Kami juga mempunyai cita-cita bagi masa hadapan bagi merealisasikan motto myceramah.com "Wadah Pemangkin Keimanan" dengan mempunyai server sendiri. Ini kerana hanya berbekalkan shared hosting, potensi myceramah.com agak terbatas dan terhad. Myceramah.com terpaksa bergantung kepada free hosting untuk menyimpan koleksi video ceramah.
Seperti yang sedia maklum, hosting percuma ini pastinya mempunyai pelbagai kekangan dan karenah yang terpaksa dihadapi dan dipatuhi. Selain itu juga terdapat beberapa cita-cita yang ingin sekali kami capai, antaranya:
- Mempunyai kelengkapan penyiaran yang mencukupi
- Mempunyai jaringan dengan masjid-masjid di malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei bagi tujuan live streaming.
- Menyiarkan kuliah secara live streaming setiap hari.
- Mempunyai pejabat operasi rasmi myceramah.com
- Menganjurkan Taffaquh Fiddin, Forum perdana dan sebagainya.
Semoga Allah terus membantu kami dan meredai dakwah kami ini.

