myccgold

Penggantungan Operasi Kemaskini

E-mail

( 10 Votes )

Pada tanggal 10 Rabiul akhir 1432 hijrah bersamaan 15 March 2011, CPU utama myceramah.com ditimpa musibah. CPU yang mengandungi ratusan video myceramah.com dan juga pelbagai perisian Original yang digunakan oleh pihak myceramah.com selama ini mengalami mengalami kebakaran kecil.

Photo0010

*kesan kebakaran pada hard disk dipercayai berpunca daripada litar pintas.

Menurut juruteknik kemungkinan besar kesemua perisian, video dan mp3 ceramah yang terdapat didalamnya tidak berjaya diselamatkan. Motherboard myceramah.com masih belum diketahui keadaannya.

Apa yang lebih menyedihkan lagi, Myceramah.com tidak mempunyai sebarang backup bagi kesemua koleksi video ceramah dan mp3 ceramah tersebut. Ditambah pula dengan kerosakkan (kebakaran) yang dialami oleh hard disk myceramah.com tidak akan ditanggung oleh jaminan perlindungan. Ini bermakna myceramah terpaksa menanggung kos penyelenggaran tersebut.

Photo0011

Admin juga berkira-kira untuk menaiktarafkan processor cpu myceramah.com ke AMD Phenom™ II X6. Ini kerana dengan keupayaan processor cpu yang dimiliki myceramah.com agak terhad, maka proses rendering video mengambil masa yang agak lama.

Oleh yang demikian, pihak myceramah.com terpaksa mengantung buat sementara waktu sebarang update rakaman video sehingga pihak admin dapat mengumpul dana bagi menggantikan hard disk yang rosak dan menaik taraf processor cpu myceramah.com.

Photo0014

Anda boleh membantu myceramah.com dengan membeli koleksi VCD yang dijual oleh pihak myceramah.com atau anda boleh menyalurkan sumbangan anda ke akaun maybank 151240007119 atas nama Sani b. Ahmad.

 

Jumlah Perbelanjaan yang diperlukan:

AMD Phenom™ II X6 = Rm 600.00
1T hard disk = Rm 260.00
1T Hard Disk (External Back up) = Rm 260.00
Jumlah Keseluruhan = Rm 1120.00


Untuk keterangan lanjut sila emailkan kepada admin@myceramah.com

** sila emailkan butiran transaksi anda bagi tujuan rekod.