Â

Assalamualaikum wrh. wbth.
Myceramah.com kini telah menjadi suatu nama yang tidak asing lagi dikalangan penggemar kuliah streaming / 'online'. Kebanyakkan daripada penonton kuliah myceramah.com adalah daripada para pelajar dan warga nusantara yang bekerja di luar negara. Juga para suri rumah yang tidak dapat mengikuti kuliah di masjid-masjid atas urusan rumah tangga. Juga mereka yang sememangnya dahagakan ilmu agama yang menjadikan myceramah.com sebagai satu saluran santapan rohani ketika beristirehat di pejabat atau rumah.
Pada mulanya, myceramah.com hanya beroperasi diatas sharing server limited 300000.00 MB Bandwidth. Tetapi setelah genap 1 tahun myceramah.com beroperasi, penonton myceramah.com semakin bertambah sehingga myceramah.com terpaksa menaik taraf hosting kepada Sharing Server unlimited Gold. Pakej ini memberi banyak kelebihan kepada myceramah kerana tiada had bandwidth, walaubagaimanapun myceramah.com terikat dengan 'abuse term' yang hanya mengizinkan myceramah.com beroperasi dengan kapasiti 'CPU' yang terhad iaitu 33.33% sahaja.
Myceramah.com telah beberapa kali diberi amaran kerana trafik myceramah.com yang terlalu besar telah menyebabkan beberapa website lain yang berkongsi hosting dengan myceramah.com tergendala. Pihak syarikat penyedia perkhidmatan telah pun menghadkan pengoperasian myceramah.com yang akhirnya telah menyebabkan portal kuliah online myceramah.com tidak dapat beroperasi dengan pantas. Para penonton myceramah.com terpaksa menunggu 5-6 minit buffering setiap video sebelum boleh menontonya tanpa gangguan. Ini menyebabkan para penonton myceramah.com mengadu mengenai hal ini bahkan adakalanya pengunjung myceramah.com langsung tidak dapat mengakses portal kuliah myceramah.com.
Kami (pihak myceramah.com) tidak dapat berbuat apa-apa bagi mengatasi masalah ini disebabkan myceramah.com merupakan sebuah portal kuliah online yang diselenggara dan dibiayai oleh individu persendirian (pemilik myceramah.com Sdr. Sani Bin Ahmad). Pihak myceramah.com ada menerima cadangan bagi mengenakan bayaran bulanan/tahunan kepada para penonton berdaftar. Tetapi hal ini tidak dipersetujui oleh pihak myceramah.com kerana, pihak pengurusan myceramah.com ingin mengekalkan portal kuliah online ini 100% percuma. Ini kerana sekiranya terdapat bayaran yang dikenakan, ini mungkin akan menyebabkan penonton kuliah myceramah.com akan merosot dan berkurangan. Hal ini bermaksud tujuan dan harapan myceramah.com ini ditubuhkan iaitu bagi tujuan pendidikan dan memberi kefahaman kepara seluruh lapisan masyarakat tidak tercapai.
Secara kesimpulannya, kami hanya sekadar dapat mengharap kepada para penonton myceramah.com dapat menderma seikhlas mungkin bagi membiayai kos operasi dan penyelenggaraan myceramah.com. Semoga dengan derma dari pihak tuan/puan dapat membantu kami mengupgrade server myceramah.com kepada dedicated server. Ini bagi memastikan masalah kesesakkan dan masalah 'buffering' ketika menonton kuliah myceramah.com dapat diatasi. Kami juga amat berbesar hati sekiranya ada mana-mana syarikat pembekal perkhidmatan sewaan hosting server yang berminat untuk meraih ganjaran pahala dengan menaja server myceramah.com. Sebarang persoalan bolehlah diajukan ke admin@myceramah.com
Â
What Is A Dedicated Server?
"A Dedicated Server, dedicated hosting service, or managed dedicated hosting services is a type of web hosting where the client use an entire server and not shared with anyone. In brief, the server is dedicated for the use of a specific client. This is more flexible than shared web hosting, as client have complete control over the dedicated server, including the choice of operating system, hardware and configurations of the server system and InsyaAllah, after myceramah.com upgrade our server to dedicated server, We will not have the risk of the server being slow down, swamped with trafic, or crash by onother side on a shared server."

Server Location: AIMS Data Center
Berapakah Yang diperlukan Untuk Myceramah Upgradekan Servernya kepada Dedicated Server?
Kami memerlukan sekurang-kurangnya RM 500 Setup fee (1st YEAR ONLY) + RM 800 / Sebulan @ (RM 9600.00/Setahun). bagi membayar sewa dedicated server Quad Core Xeon E3430@ 2.4Ghz / 2 X 500GB SATA Enterprise / 2 Ram + Gold Management Plan + AIMS Guranteed Bandwidth.
Bagaimana anda boleh membantu kami?
Berikut adalah beberapa cara anda boleh membantu kami;
1. Hulurkan sumbangan anda melalui akaun anda di bawah.
2. War-warkan mengenai myceramah.com melalui facebook, blog, website atau email anda.
Â
"BANTULAH KAMI HARI INI JUGA WALAUPUN HANYA RM 1. YANG PENTING IKHLASKAN SEPENUH HATI"
Â
Akaun Pengurusan Kami:
No Bank: 151240007119
Jenis Bank: Maybank
Nama: Sani Bin Ahmad
Catatan: Anda boleh menggunakan kaedah fund transfer melalui maybank2u.com atau melalui mesin di bank maybank.
Sekiranya anda menggunakan kad kredit, anda boleh salurkan melalui akaun paypal. Alamat email akaun kami ialah admin@myceramah.com
Sebarang persoalan sila ajukan ke admin@myceramah.com

